Melahirkan penghargaan buat insan kental yang melahirkan diriku ke dunia tanpa sekelumit keluh-kesah dan sesal...
Noriah Hairon nama diberi,
itulah ibu kami yang menawan dan tertawan,
hatinya muda melekat dengan kami,
umur tua bukan halangan,
wajahnya tetap berseri,
mempunyai suami yang menyayangi
dan anak-anak penyeri diri...
Bersusah payah membentuk dan mendidik diri kami,
yang terkadang nakal dan menyakitkan hati (hehe),
biar apapun rasa yang menjeruk tangkai hati,
Puan Noriah a.k.a ibu kami memang punya kesabaran yang tinggi...
Sempena 17 March yang sentiasa diingati,
Kami wira wirawati bonda ingin mengucapkan MUAHHHHHH yang tidak terkira kasihnya,
ibu yang sering memberikan nasihat dan teguran menerusi bebelan yang mencuit hati,
Tanpa beliau,
siapalah kami,
tempat bergantung sedari kecil lagi,
biarpun dilanda tsunami kemarahan yang tidak tentu masa,
ibu tetap ibu yang sentiasa berada dalam jiwa dan raga kami....