Wednesday, 31 October 2012

Sedetik cuma...

Minda ini sering kali dikacau oleh permainan tidur,
hati ini sering diganggu oleh ketidaktenteraman,
mengapakah ia terjadi?
Adakah salahku yang sering mengabaikan perintah Tuhan?
Adakah diriku yang tidak berganjak membetulkannya?
Menyalahkan kehidupan?

Setiap manusia sering membuat kesilapan,
Belajar daripada situ untuk menjadi insan yang lebih baik,
Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa aku boleh menjadi baik...
Setiap kali aku bangun,
astagfirullah, (kerna lalai menjalankan tanggungjawab)
Setiap kali aku tersedar,
Alhamdullilah, (kerna diberikan nyawa untuk terus hidup)
Setiap kali aku terkesima,
Subhanallah, (kagum akan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa)
Indahnya hidup yang bermacam caranya ibarat 7 warna pelangi,
Mewarnai hidup insan tiap masa dan ketikanya,
Belajar mensyukuri setiap apa yang diberi....