Wednesday, 31 October 2012

Sedetik cuma...

Minda ini sering kali dikacau oleh permainan tidur,
hati ini sering diganggu oleh ketidaktenteraman,
mengapakah ia terjadi?
Adakah salahku yang sering mengabaikan perintah Tuhan?
Adakah diriku yang tidak berganjak membetulkannya?
Menyalahkan kehidupan?

Setiap manusia sering membuat kesilapan,
Belajar daripada situ untuk menjadi insan yang lebih baik,
Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa aku boleh menjadi baik...
Setiap kali aku bangun,
astagfirullah, (kerna lalai menjalankan tanggungjawab)
Setiap kali aku tersedar,
Alhamdullilah, (kerna diberikan nyawa untuk terus hidup)
Setiap kali aku terkesima,
Subhanallah, (kagum akan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa)
Indahnya hidup yang bermacam caranya ibarat 7 warna pelangi,
Mewarnai hidup insan tiap masa dan ketikanya,
Belajar mensyukuri setiap apa yang diberi....

Monday, 2 July 2012

Hati sedang berbicara...

Assalammualaikum buat pembaca yang terbaca,

Tika diriku bersendirian, hati sering resah
entah mengapa, adakah aku membuat onar pada diriku atau pada orang lain barangkali,
sungguh hati ini merayu untuk secebis ketenangan,
ia datang seketika dan pergi pabila keseronokan dunia menjelma,
bagaimana harusku menjadi sekental insan yang menghadapi kesusahan sejak azali lagi...
dapatkah diriku mencari kebahagiaan yang dicari-cari,
walaupun memerlukan seluruh hidup untuk menggapainya....

Tuesday, 5 June 2012

Rasa yang terbuku....

Assalamualaikum buat para pembaca yang tidak wujud ( untuk tatapan diriku saja),

Tiba-tiba rasa nak menulis sebab otak tgh ligat berputar...hehe
Kadang kala manusia ni begitu degil untuk hidup dalam dunia mereka sendiri
tanpa memikirkan kesan apa yang akan terjadi dalam 2,5,10,20 tahun akan datang,
contohnya, kalau yang kaya dengan berniaga kereta, mereka terusan ingin menambahkan duit poket dengan menjual ribuan kereta tanpa memikirkan kesan yang mana jalan raya akan sesak setiap hari walaupun nak pergi kedai depan rumah, dengan sebab semua orang menggunakan kereta.(hihi). Nampak merapu pula tulisan teman ni tapi tidak mengapa kerna setiap orang berhak meluahkan rasa mereka sendiri.

Kalau tadi pasal entah apa-apa, sekarang teman nak menzahirkan apa yang dirasa saat ini...

Aku bimbang tentang diriku ini,
kerna terasa rohaniku telah hilang dibawa arus,
jiwaku kacau kerna aku tidak tahu mengapa dan kepada siapa untukku coretkan rasa ini,
Yang jelas Allah Maha Mengetahui walau jauh mana kubenamkan rasa ini.

Hidup ini memerlukan rangsangan untuk terus meletakkan diri ini di landasan sebetulnya,
meluahkan nampak mudah, membuatkan orang mengerti itu perkara yang sulit,
Ramai yang boleh mengaku kawan tapi asal tercuit sedikit,terus terasa hati. Itulah MANUSIA... yang dijadikan unik oleh Pencipta.

Panjang pula warkah kali ini....
bersambung untuk tatapan mata di lain masa....
Anyong....

Cahaya Hidayah kami sekeluarga...

Tanggal 4 Jun 2012, adikku Nurul Hidayah melanjutkan pelajarannya ke peringkat diploma. Syukur pada-Mu Ya Allah kerna memberikan bidadari ini kesempatan dan belajar untuk menjadi seseorang. Kelak rencana kehidupannya bakal ditentukan oleh usahanya dan mengikut jalinan takdir-Mu...


persis sang Bidadari
Sebagai seorang kakak, aku berdoa pada-Mu agar sang bidadari ini teguh dalam menghadapi jalan yang berliku di masa hadapan. AMIN.... 

Wednesday, 23 May 2012

 Without them...
Hopefully, this will last forever....
     
    I am nobody,
    I cannot live,
    I cannot breath peacefully,
    I may die quietly without trace even my soul,
    I cannot cry to burst out my hidden feeling,
    I will be alone in this world....

Sunday, 20 May 2012

Suara yang tidak didengari...

Hati ini pilu tanpa kata,
mata menjadi saksi kejernihan air yang mengalir,
Mulut menuturkan kata pembohongan
untuk menutup lara di hati,
kuatkah aku untuk menjadi seteguh gunung,
mampukah aku menyembunyikan gelodak hati yang berkocak 
ibarat lautan yang terhampar,
ku membawa langkah kakiku tanpa tujuan
untuk menguburkan segala keresahan....

Saturday, 21 April 2012

Luahan jiwa

Aku tidak sempurna,
kerana aku adalah aku
meniti perjalanan yang berliku 
merupakan rencah kehidupan seorang manusia
ia membuatkan diriku 
terusan menginsafi kejadian-Mu
dengan lelah ku berusaha
menjadi sempurna
di hadapan-Mu...

Monday, 16 April 2012

Ceritera pesona

Hari ini ku membuka lembaran baru,
tanpa sedar ianya melegakan,
memberi kepuasan pada diri yang ketandusan,
akal merencana,
emosi berbolak-balik tanpa diundang,
hati menetapkan inilah ia pengakhiran segala duka.

Gracias to Encik and Puan Norishah

Thanks to my beloved parents,
for all the supports and encouragement,
without the two of you,
I'm nobody...

sincerely from the bottom of my heart,
my parents are my everything,
I can't lose you,
if happens it tears my heart without any warning....

Monday, 9 April 2012

Rumahku syurgaku...

Terletak di Johor
Terlebih dahulu nak memperkenalkan tempat di mana saya menetap, Villa Syahdu nama diberi oleh ayah saya. Berkat usaha selama bertahun, rumah ini siap dalam masa 11 tahun 3 bulan. Betapa berat mata yang memandang perit jerih ayah dan mak, berat lagi bahu yang dipikul oleh kedua-duanya. Syukur hingga hari ini, itulah tempat berlindung hingga akhir nyawa.

Boleh ke letak gambar rumah ni?(takut bapak marah).hehe

Baru mukadimah...

Assalamualaikum,


Kali pertama menerjah ke dalam dunia blogger, teramatlah teruja untuk berkongsi nukilan hati yang tiada siapa mampu mempersoalkan apa2x yang saya buat. Menunggu masa dan tika untuk mencoret rasa dalam blog kepunyaan sendiri...hehe... Itu mukadimah untuk entri kali ini.Bak kata mak saya"gunalah bahasa yang betul kalau bercakap dengan orang". =>