Minda ini sering kali dikacau oleh permainan tidur,
hati ini sering diganggu oleh ketidaktenteraman,
mengapakah ia terjadi?
Adakah salahku yang sering mengabaikan perintah Tuhan?
Adakah diriku yang tidak berganjak membetulkannya?
Menyalahkan kehidupan?
Setiap manusia sering membuat kesilapan,
Belajar daripada situ untuk menjadi insan yang lebih baik,
Tanamkan dan sematkan dalam hati bahawa aku boleh menjadi baik...
Setiap kali aku bangun,
astagfirullah, (kerna lalai menjalankan tanggungjawab)
Setiap kali aku tersedar,
Alhamdullilah, (kerna diberikan nyawa untuk terus hidup)
Setiap kali aku terkesima,
Subhanallah, (kagum akan ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa)
Indahnya hidup yang bermacam caranya ibarat 7 warna pelangi,
Mewarnai hidup insan tiap masa dan ketikanya,
Belajar mensyukuri setiap apa yang diberi....
Teruskan lah menulis. Tak salah kalau bagi peluang orang lain kenal diri kita. Yang baik dikongsi, yang tak baik pengajaran..^^
ReplyDelete"Take risk: If you win, you will be happy, if you lose, you will be wise"
thanks kak nabila.nasihat tu saya terima dengan hati yang terbuka:)
Delete